Adakah memberi susu formula atau makanan pejal boleh membantu bayi tidur lena?
Kenyataan bahawa makanan pejal boleh membantu bayi tidur
lena adalah suatu ‘dongeng’ yang tidak dibuktikan dengan kajian perubatan.
Memberi bayi makanan pejal atau susu formula sebagai percubaan untuk bayi tidur
lebih lama bukanlah idea yang bagus kerana:
*Tiada bukti yang mengatakan tindakan tersebut boleh
membantu bayi tidur lena.
Sesetengah bayi tidak tidur dengan baik disebabkan tindak
balas terhadap susu formula atau makanan pejal ( perut meragam), terutamanya
jika bayi berusia kurang dari 6 bulan.
Dua kajian menunjukkan penambahan makanan pejal dalam diet tidak menyebabkan
bayi tidur lama. Kajian ini menemukan tiada perbezaan dalam corak tidur bayi
yang memakan makanan pejal sebelum tidur diibandingkan dengan bayi yang tidak
diberi makanan pejal. Di bawah adalah artikel berkaitan kajian tersebut:
Macknin
ML, Medendorp SV, Maier MC. Infant sleep and bedtime cereal. Am
J Dis Child. 1989 Sep;143(9):1066-8.
Keane V, et al. Do solids
help baby sleep through the night? Am J Dis Child 1988; 142: 404-05.
*Susu formula menyebabkan sistem penghadaman bayi bekerja
lebih masa.
Ini kerana bayi cuba hadam sesuatu yang tidak spesifik
kepada badan manusia. Susu formula lebih susah dihadam berbanding susu ibu.
Disebabkan itu, bayi yang diberi susu formula lebih lama jarak menyusu. Nampak
seperti sesuatu yang baik, mungkin ianya sesuatu yang tidak kita suka berlaku
pada badan bayi melainkan kita tiada pilihan. Terdapat risiko dalam penggunaan
susu formula. Walaupun ia boleh diberi kepada bayi tapi sepatutnya ia tidak
diberi bila mana susu ibu masih ada – sama ada diberi terus dari payudara atau
dipam.
*Kajian terkini menyatakan tidur yang lama berkait dengan
kematian mengejut (sudden infant death syndrome; SIDS)
Bayi yang tidur lama
boleh terdedah kepada SIDS (kajian oleh
James McKenna, PhD). Sesetengah saintis menyatakan bahawa tidur yang lama
adalah tidak ‘natural’ kepada bayi dan gangguan tidur dalam bulan-bulan pertama
boleh memberi faktor pelindung terhadap serangan SIDS. Lebih banyak kajian
diperlukan tetapi ibu bapa patut berfikir dua kali tentang apa pentingnya
memanipulasi corak tidur yang natural dalam bulan-bulan pertama bayi.
*Menyuap bijirin bayi daripada botol
Doktor dan pakar mencadangkan supaya tidak sesekali memberi
bijirin bayi dari botol kecuali dicadangkan oleh doktor untuk kondisi perubatan
yang spesifik. Ini kerana;
i)
Bahaya tersedak
ii)
Bijirin menggantikan amaun susu dalam botol
(penambahan karbohidrat dan pengurangan kepadatan nutrient), dan bayi tidak
mendapat isipadu susu yang mencukupi untuk pertumpuhan dan perkembangan yang
baik.
iii)
Bayi diberi kalori yang tinggi tanpa mereka dapat
mengawalnya sendiri. Ini boleh menyebabkan masalah berat badan di kemudian hari.
Sumber: kellymom.com
No comments:
Post a Comment