Tuesday, January 24, 2017

Bukti Keberkesanan Shaklee : Landmark Study

Kita tahu ada banyak syarikat yang menghasilkan supplement di dunia ni. Pergi tengok di farmasi, berapa jenama vitamin yang ada? Banyak... Tapi apa yang buat Shaklee ni beza? Apa yang istimewa?






Shaklee Difference


Sudah tentu berbeza! 
Shaklee menghasilkan supplementnya dari sumber alam, bukan sintetik atau bahasa mudahnya tiruan. Dr. Forrest C Shaklee sedar bahawa kesihatan yang optimum tu diperoleh dari sumber semulajadi. Produk Shaklee bukan hanya berkesan, tapi juga memelihara alam semesta!

Produk Shaklee adalah Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang bertajuk 'Corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna pelbagai supplement dalam jangka masa panjang.' Kajian ni adalah kolaborasi bersama University of California dan Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Centre bersama Shaklee Corporation. 

Kajian ni telah membandingkan pengguna Shaklee dalam jangka masa panjang (lebih 20 tahun) (Kumpulan A) dengan bukan pengamal supplement (Kumpulan B) dan yang hanya mengambil multivitamin/mineral (Kumpulan C). Kajian ini dikatakan landmark study kerana ialah simbol kepada keberkesanan supplement-supplement dari Shaklee. 

Pengguna Shaklee dalam kajian ini mengambil kira-kira 17 hingga 20 jenis vitamin sehari. Data Kumpulan B dan C diambil dari National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES). Kajian berpusat di US.

Keputusan Kajian


Dari keputusan yang diperoleh ternyata pengamal supplement Shaklee mencatatkan tahap kesihatan yang jauh lebih baik berbanding dua lagi kumpulan. Mereka mencatatkan paras triglycerides, kolesterol LDL, C-reactive protein dan homocystein. Malah lagi baik dari paras normal.

Risiko penyakit diabetes dan jantung koronari pun berkurang dalam golongan pengguna Shaklee dan rata-rata dari mereka mendakwa status kesihatan mereka adalah 'very good' atau 'excellent'. Rata-rata subjek yang menggunakan Shaklee adalah golongan berkulit putih (White), kaya, berpendidikan dan lebih berusia. Tengok, walaupun lebih berusia (60 an), tahap kesihatan lebih baik dari dua lagi kumpulan (50 an). 

Kajian juga mendapati pengambilan vitamin B lebih dari dos yang dibekalkan oleh multivitamin sahaja adalah bagus untuk mengurangkan paras homocystein. Pengambilan vitamin C pula dilaporkan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser (berdasarkan paras C-reactive protein yang makin rendah selepas mengambil vitamin C).

Manakala pengambilan vitamin D boleh mengurangkan risiko keretakan tulang, dan jika berlebihan pula akan menyebabkan masalah hypercalcemia. Dalam kalangan pengguna Shaklee, tiada yang kurang atau lebih. Semua bacaan serum vitamin D adalah dalam julat yang sepatutnya. Data ini tidak dapat dibandingkan dengan lain-lain kumpulan memandangkan tiada dalam database NHANES. Ostematrix dari Shaklee mengandungi`VITAMIN D!

Pengambilan minyak ikan Omega 3 membuktikan penurunan triglycerides dan peningkatan kolestrol baik (HDL). Omega 3 fatty acid juga menurunkan risiko cardiac arrhythmias. Risiko darah tinggi menurun dalam kalangan pengguna Shaklee dan asid folik dilaporkan bertanggungjawab menurunkan tekanan darah secara efektif!

Salah satu penyebab diabetes ialah 'oxidative stress' yang menghubungkaitkan kerintangan insulin dengan kegagalan sel beta di pankreas dan endothelial. Walaupun tiada data biomarker untuk 'oxidative stress', kepekatan antioksidan dalam darah seperti asid askorbic, carotenoid dan alpha tocopherolmeningkat secara significant dalam pengguna Shaklee berbanding kumpulan-kumpulan lain. Bila antioksidan tinggi, 'oxidative stress' menurun menyebabkan kurangnya risiko penyakit diabetes.

Kesimpulan

Kesimpulannya, memang ketara health status pengguna Shaklee ni lagi bagus, berganda-ganda dari yang tidak mengambil  supplement atau hanya mengambil multivitamin dari lain-lain jenama. Perlu ditegaskan di sini artikel dari kajian ini adalah peer-reviewed dan diakui oleh lain-lain saintis. Kajian ini juga dikawal sepenuhnya oleh Dr. Gladys Block dari University of California dan ahli epidemiologi terkemuka di US. Apa jua keputusan yang diperoleh dari kajian ini tetap akan diterbitkan walaupun ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan. 

Adakah kita melihat ini  untuk memutuskan jenis/jenama supplement yang kita ambil? Keputusan di tangan pengguna. Jadilah pengguna yang bijak demi kesihatan jangka panjang :) Go for better life!

Fatariah Zakaria
MSc Nutrition
0194951392